Friday, July 30, 2021

Bank RHB adakan khidmat bergerak di Asajaya, Sadong Jaya

Mesti baca

KUCHING: Bank RHB Berhad bakal memulakan operasi pertama perkhidmatan bergerak di Daerah Asajaya dan Sadong Jaya bermula 12 Julai (Isnin).

Operasi perkhidmatan tersebut seiring dengan saranan Kerajaan Sarawak untuk memberikan akses yang lebih menyeluruh kepada komuniti penduduk luar bandar untuk mendapatkan perkhidmatan perbankan.

Menurut kenyataan media Bank RHB Berhad, bagi Daerah Asajaya jadual perkhidmatan ialah pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat bermula jam 9.15 pagi sehingga 1.00 tengahari di Pasar Pekan Asajaya atau Masjid An Najjah.

“Manakala, pada sebelah petang pula bermula jam 2.00 petang sehingga 4.15 petang di Pasar Ikan Kampung Tambirat.

“Bagi Daerah Sadong Jaya pula, bermula hari Selasa dan Khamis di Pekan Sadong Jaya (9.15 pagi hingga 1.00 petang) dan Klinik Kesihatan Sadong Jaya (2.00 petang hingga 4.15 petang),” katanya.

Jelasnya, perkhidmatan yang ditawarkan ialah mesin teller automatik bergerak (mesin ATM).

Pihak bank mengalu-alukan komuniti penduduk di sekitar kawasan tersebut datang menggunakan Perkhidmatan Bank Bergerak.

Walau demikian, orang awam diingatkan supaya sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang menggunakan perkhidmatan berkenaan.

Secara Rawak

Artikel Terbaru