Wednesday, September 22, 2021

Agro Bank mulakan operasi perkhidmatan bergerak di Padawan, Tebedu

Mesti baca

KUCHING: Bank Agro memulakan operasi perkhidmatan bergerak sepanjang tempoh Fasa Pertama Permulihan Negara bagi memberikan akses yang lebih menyeluruh kepada komuniti penduduk luar bandar untuk mendapatkan perkhidmatan perbankan bermula 12 Julai ini.

Operasi pertama perkhidmatan tersebut dijalankan selama lima hari di kawasan Padawan sehingga Tebedu bermula 12 Julai sehingga 16 Julai ini.

Menurut kenyataan media Bank Agro Wilayah Sarawak menyatakan bahawa, perkhidmatan tersebut bermula seawal 10.00 pagi sehingga 3.00 petang di perkarangan Pejabat Daerah Kecil Padawan, Jalan Jambu-Bayur, Siburan.

“Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah mesin teller automatik (mesin ATM), kaunter pembukaan akaun dan kad debit, serta promosi produk Takaful Plus.

“Dengan ini, Bank Agro berbesar hati untuk menjemput komuniti penduduk di sekitar kawasan tersebut untuk datang menggunakan Perkhidmatan Bank Bergerak,” katanya.

Walau demikian, orang awan diingatkan supaya sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang menggunakan perkhidmatan berkenaan.

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi Pegawai Bank Agro Dayang Ezza Azzira di talian 014-2215618.

Secara Rawak

Artikel Terbaru