Monday, August 2, 2021

Umno tidak sokong Anwar jadi Perdana Menteri

Mesti baca

KUALA LUMPUR:  Umno mengulangi sekali lagi pendiriannya untuk  sekali lagi  untuk tidak sesekali menyokong sebarang usaha mencalonkan Presiden PKR  Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri  ataupun  menyokong kerajaan yang ditunjangi oleh DAP-PH.

Pendirian berkenaan dinyatakan oleh Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi malam tadi yang memaklumkan bahawa keputusan itu sejajar pendirian diputuskan di Perhimpunan Agung Umno 2020.

“Mesyuarat MKT malam ini juga mempertegaskan pendirian sebagaimana yang telah diputuskan di Perhimpunan Agung Umno 2020, untuk tidak sesekali menyokong sebarang usaha mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ataupun Kerajaan yang ditunjangi oleh DAP-PH (DAP-PH Led Government),” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata demikian dalam satu sidang media yang dilaksanakan secara maya selepas beliau mempengerusikan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umnp, malam tadi.

Sebelum ini Umno beberapa kali dikaitkan dengan jajaran kerjasama baharu bersama Pakatan Harapan (PH) khususnya PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) sehinggakan pelbagai cerita, poster dan surat tular dalam media sosial.

Keputusan Umno itu, termasuk tidak lagi menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri meletakkan kerajaan pN dalam teka-teki. 

Pemerhati politik sedang memantau dengan teliti perkembangan berkenaan.

Secara Rawak

Artikel Terbaru