Monday, August 2, 2021

Pesakit Covid-19 larikan diri ditahan polis

Mesti baca

KUCHING: Pesakit Covid-19 yang melarikan diri dari pusat kuarantin Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB), Jalan Puncak Borneo pada Selasa telah ditahan polis sekitar jam 12.00 tengah hari semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan, Deputi Superintenden Lim Jaw Shyong berkata suspek iaitu Rozila Mohd Jaya, 31, telah ditahan oleh sepasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan di tepi jalan, berhampiran bangunan Kastam, Jalan Field Force, Petra Jaya.

Kata Jaw Shyong, suspek telah dikesan serta ditangkap berdasarkan maklumat yang disalurkan oleh bapa kepada teman lelaki suspek.

Menurutnya, suspek mengaku melarikan diri kerana mengalami tekanan emosi berada seorang diri di pusat kuarantin.

“Setelah melarikan diri dari pusat kuarantin, suspek telah menghubungi teman lelakinya untuk menemani suspek.

“Teman lelaki suspek turut bersama dengan suspek di lokasi tangkapan ketika menunggu kehadiran polis,” jelasnya.

Kata Jaw Shyong, suspek telah diserahkan kepada petugas penyelia pusat kuarantin KSKB, Jalan Puncak Borneo.

Tambahnya, teman lelaki yang merupakan kontak rapat juga diserahkan ke pusat kuarantin.

Secara Rawak

Artikel Terbaru