Wednesday, September 22, 2021

JPBN bincang proses peralihan ke fasa kedua PPN hari ini

Mesti baca

SPAOH: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) akan meneliti proses peralihan daripada fasa pertama ke fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN), sama ada ia harus dibahagikan mengikut zon yang berbeza atau sebaliknya.

Pengerusinya Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, perkara berhubung persiapan Sarawak untuk tujuan tersebut akan dibincangkan dalam pertemuan JPBN di Kuching, hari ini (Khamis).

“Pertemuan esok (hari ini) akan membincangkan adakah Sarawak harus dibahagikan mengikut zon yang berbeza dan bagaimana ia akan dilakukan.

“Persiapan ke arah itu (fasa kedua PPN) akan turut menilai keadaan pandemik Covid-19 di setiap daerah,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata demikian selepas taklimat kemajuan projek pembangunan bagi Dun Bukit Saban di Pejabat Daerah Kecil Spaoh, semalam.

Hadir sama Ahli Parlimen Betong Datuk Robert Lawson Chuat, Adun Layar Gerald Rentap Jabu, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Dr Richard Rapu dan Pegawai Kesihatan Bahagian Betong yang juga Pakar Perubatan Kesihatan Awam Dr Johnny Pangkas.

Secara Rawak

Artikel Terbaru