Wednesday, September 22, 2021

Dua kawasan rumah panjang dikenakan PKPD

Mesti baca

KUCHING: Dua kawasan rumah panjang iaitu Rumah Ujit, Sungai Rayah, Bintangor dan Rumah Joseph, Nanga Bangkit, Spaoh dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), bermula Selasa.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, PKPD di Rumah Ujit, Sungai Rayah, Bintangor dikenakan bermula 6 Julai hingga 23 Julai.

“Manakala PKPD di Rumah Joseph, Nanga Bangkit, Spaoh dikenakan bermula 8 hingga 21 Julai ini,” katanya dalam satu kenyataan media.

JPBN menambah, PKPD di Skim Penempatan Semula Nanga Tada, Kanowit dilanjutkan bermula 11 hingga 17 Julai ini.

Dalam perkembangan sama, JPBN mendedahkan PKPD di tujuh kawasan penempatan ditamatkan bermula 6 Julai.

“Pada 6 Julai, PKPD ditamatkan di Kuarters Union Engineering (Signa Jaya), Bintulu Setinggan Jalan Kidurong, Bintulu, Bilik Sewa atas kedai Jom Ngeteh, Bintulu dan Rumah Charles Ujang, Sungai Sap, Tatau.

“Selain itu, PKPD di Rumah Man, Simpang Koko, Sungai Paoh, Sarikei, Rumah Assun Simpang Koko, Sungai Paoh, Sarikei dan Rumah Marphy, Selanjan Sebemban Asal, Pantu, Sri Aman ditamatkan pada 7 Julai,” jelasnya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru