Friday, October 22, 2021

Wanita dijangkiti Covid-19 larikan diri dari pusat kuarantin

Mesti baca

PADAWAN: Seorang pesakit positif Covid-19 dilaporkan telah melarikan diri ketika diarahkan untuk menjalankan kuarantin dari Pusat Kuarantin Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Jalan Puncak Borneo.

Mengesahkan kejadian Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan Deputi Superintendan Lim Jaw Shyong berkata pihaknya telah menerima laporan kejadian pada jam 10.50 pagi semalam.

Katanya, individu terbabit dikenali sebagai Rozila Mohd Jaya berusia 31 tahun.

“Masa sebenar dan maklumat kejadian pesakit melarikan diri setakat ini belum dikenal pasti dan kini masih dalam siasatan.

“Pihak polis telah menerima laporan kejadian. Setakat ini tiada maklumat lanjut diperolehi namun siasatannbagi mengesan individu itu sedang dijalankan,” katanya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru