Wednesday, September 22, 2021

Sarawak teliti peralihan dari fasa pertama ke fasa kedua

Mesti baca

SPAOH: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (JPBS) akan meneliti proses peralihan daripada fasa pertama ke fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN), sama ada ia harus dibahagikan mengikut zon yang berbeza atau sebaliknya.

Pengerusinya Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, perkara berhubung persiapan Sarawak untuk tujuan tersebut akan dibincangkan dalam pertemuan JPBS di Kuching, esok (Khamis).

“Pertemuan esok akan membincangkan adakah Sarawak harus dibahagikan mengikut zon yang berbeza dan bagaimana ia akan dilakukan.

“Kerana, persiapan ke arah itu (fasa kedua PPN) akan turut menilai keadaan pandemik Covid-19 di setiap daerah,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata demikian selepas taklimat kemajuan projek pembangunan bagi Dun Bukit Saban di Pejabat Daerah Kecil Spaoh, hari ini.

Uggah sekitar 10 pagi diberikan taklimat oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Bahagian Betong.

Terdahulu beliau menyampaikan 100 bungkusan buah-buahan yang disumbangkan oleh Jabatan Pertanian Bahagian Betong dengan kerjasama Persatuan Peladang Kawasan Betong Saribas kepada petugas barisan hadapan yang bertugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Panglima Rentap.

Ahli Parlimen Betong Datuk Robert Lawson Chuat, Adun Layar Gerald Rentap Jabu, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Dr Richard Rapu dan Pegawai Kesihatan Bahagian Betong yang juga Pakar Perubatan Kesihatan Awam Dr Johnny Pangkas turut hadir sama.

Secara Rawak

Artikel Terbaru