Wednesday, September 22, 2021

Monyet mahir cuci pinggan

Mesti baca

NOIDA: Sebuah video yang menunjukkan gelagat seekor monyet tekun mencuci pinggan di hadapan kedai minuman menarik pehatian orang ramai dan netizen di media sosial.

Menurut DNA, video tersebut dikongsi di Instagram milik individu bernama Ghantaa dan menjadi tular.

Ia menunjukkan orang ramai berdiri di sekitar kedai minuman dengan seekor monyet duduk di meja dan mencuci pinggan.

Menariknya, monyet itu mencium pinggan untuk memeriksa sama ada pinggan yang dibasuhnya sudah benar-benar bersih.

Netizen tertarik melihat gelagat monyet yang berkelakuan seperti manusia dan mahir mencuci pinggan mangkuk itu.

Secara Rawak

Artikel Terbaru