Tuesday, November 29, 2022

Kuching, Sibu, Saratok, Miri dan Bintulu catat kes tinggi hari ini

Secara Rawak

KUCHING: Kes positif Covid-19 di Sarawak meningkat kepada 67,560 kes hari ini apabila 289 kes positif baharu dilaporkan di negeri ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 64 kes direkodkan di Kuching, diikuti dengan Sibu (37), Saratok (24), Miri dan Bintulu masing-masing 22 kes, Sarikei (16), Song (14), Samarahan (13), Kapit (11), Serian dan Subis masing-masing 10 kes, Serian (9), Bau (7), Selangau (6), Sri Aman (5), Kanowit (4) dan Telang Usan (3)

Selain itu, dua kes masing-masing di Tatau, Betong, Lubok Antu, Pusa dan satu kes masing-masing di Bukit Mabong, Meradong, Simunjan dan Belaga.

“Daripada jumlah kes positif itu, sebanyak 31 kes telah mengalami gejala jangkitan Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Dalam perkembangan sama, JPBN mendedahkan terdapat tiga kes kematian baharu akibat Covid-19 hari ini yang melibatkan dua perempuan rakyat Sarawak di Sibu dan seorang rakyat Sarawak di Selangau.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru