Monday, August 2, 2021

Guru dicekup miliki dadah

Mesti baca

SIBU: Seorang guru berusia 45 tahun ditahan polis kerana memiliki dadah jenis Methamphetamine seberat 5.17 gram ketika diserbu di sebuah sekolah di sini, semalam (Selasa).

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit dalam satu kenyataannya berkata, suspek dicekup pada jam 12.40 tenghari.

“Suspek diserbu ketika berada di sebuah bilik di sekolah berkenaan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Sibu,” jelasnya.

Stanley memberitahu, semasa dicekup suspek sempat menyerahkan sendiri satu beg plastik berwarna hijau mengandungi dadah tersebut yang dianggarkan bernilai RM517.

Rentetan tindakan itu, ujar beliau, suspek mengaku bahawa dadah itu adalah miliknya.

Suspek juga, kata Stanley turut mendedahkan bahawa dia mendapat bekalan dadah itu daripada seorang wanita.

“Hasil siasatan awal pihak polis, dadah itu diperolehi daripada seorang wanita secara panggilan dan mendepositkan wang ke akaun seseorang sebelum mengambil dadah itu di sekitar Sibu selepas transaksi berjaya,” jelas Stanley lagi.

Beliau memberitahu, suspek berasal dari Mukah dan sudah 22 tahun berkhidmat akan dihadapkan ke mahkamah esok untuk perintah tahanan reman.

“Dadah itu telah kita rampas dan menjadi barang kes,” katanya sambil menambah kes disiasat di bawah Seksyen 39A (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.

Secara Rawak

Artikel Terbaru