Wednesday, September 22, 2021

Gajah makan topi kaledar

Mesti baca

ASSAM: Seseorang merakam aksi seekor gajah liar yang keluar dari Hutan Hidupan Liar Amchang lalu menemui topi kaledar pada sebuah motosikal yang parkir di tepi jalan.

Selepas memerhati topi kaledar tersebut untuk seketika, haiwan itu mengambilnya dengan belalai dan lalu memasuknya ke dalam mulut.

Netizen yang melihat video ini tergaman melihat aksi spontan gajah tersebut yang menelan topi kaledar itu sekali gus.

Dalam video yang kini tular di media sosial, pemilik topi kaledar yang turut menyaksikan telatah gajah itu mengeluh selepas kehilangan topi kaledarnya.

Pengguna media sosial berpendapat gajah itu memikirkan topi kaledar terbabit sebagai makanan, lapor thesiasatdaily.

Secara Rawak

Artikel Terbaru