Monday, August 2, 2021

Empat lelaki tempatan ditahan gara-gara…

Mesti baca

BAU: Empat lelaki warga tempatan ditahan selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah hasil serbuan dua operasi serbuan berasingan yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Narkotik Bau, semalam.

Ketua Polis Daerah Bau Deputi Superintendan Poge Nyaon berkata keempat-empat suspek masing-masing berusia lingkungan 24 hingga 32 tahun.

“Pemeriksaan pertama menahan dua suspek di sebuah bilik rumah di Kampung Pengkalan sekitar jam 5.30 pagi.

“Hasil pemeriksaan menemui satu beg berzip kecil di atas lantai mengandungi 12 peket plastik lut sinar berisi ketulan Kristal putih seberat 5.03 gram dan satu keranjang timah berisi 10 biji pil disyaki Erimin 5,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, dua lagi suspek ditahan di sebuah pondok pengawal di Jalan Bau sekitar jam 6 pagi bersama sebuah beg sandang berisi dadah di badan salah seorang suspek.

Jelasnya, pemeriksaan beg berkenaan mendapati terdapat satu peket plastik lut sinar berisi ketulan kristal putih disyaki dadah berbahaya dengan berat anggaran kasar 5.33 gram.

Jelasnya, kesemua suspek dan barangan kes dibawa Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik untuk tindakan siasatan lanjut.

Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah.

Ujatnya kes disiasat dibawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Secara Rawak

Artikel Terbaru