Tuesday, September 21, 2021

Bujang Suai tumpas di ladang sawit

Mesti baca

BINTULU: Seekor buaya katak jantan digelar Bujang Suai berjaya ditangkap di ladang sawit berdekatan Kuala Suai kira -kira jam 8.30 pagi semalam.

Penangkapan buaya itu dibuat oleh Sarawak Forestry Corporation (SFC) susulan hantaran video oleh pekerja ladang terbabit.

“Buaya katak jantan ( ) sepanjang 13 kaki berkenaan terkena mata pancing yang dipasang pada 2 Julai dan telah berjaya ditarik ke darat dan dibawa ke bahagian utama jalan ladang sawit.

“Bujang Suai” akan dihantar ke Benaya Crocodile Farm untuk tindakan selanjutnya.

Orang awam yang ingin membuat laporan mengenai kehadiran reptilia ini atau hidupan liar yang lain boleh segera menghubungi talian HOTLINE SFC : Kuching (019-8859996), Sibu (019-8883561), Bintulu (019-8332737), Miri (019-8290994).

Secara Rawak

Artikel Terbaru