Friday, July 30, 2021

72 premis perniagaan dikompaun sepanjang PKP 3.0

Mesti baca

KUCHING: Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak mengeluarkan sebanyak 72 kompaun terhadap premis yang ingkar arahan pematuhan Prosuder Operasi Standard (SOP) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Pengarah KPDNHEP Sarawak Datuk Stanley Tan berkata, tindakan diambil di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Katanya daripada jumlah tersebut, 12 kompaun dikeluarkan di Kuching, Sibu (22), Miri (15), Limbang (5), Bintulu, Sri Aman dan Sarikei (3), Mukah (7), Kapit dan Betong (1).

“Kompaun dikeluarkan hasil daripada pemeriksaan ke atas 36,020 premis perniagaan pelbagai peringkat dengan jumlah kompaun sebanyak RM299,000,” katanya dalam kenyataan.

Stanley berkata setiap kesalahan yang dilakukan akan dikenakan kompaun RM1,500 bagi individu manakala bagi perbadanan syarikat sebanyak RM10,000.

Secara Rawak

Artikel Terbaru