Sunday, December 5, 2021

7,097 kes, termasuk Sarawak 289 kes

Secara Rawak

KUCHING: Sarawak hari ini terus merekodkan angka kes di bawah 300 untuk dua hari berturut-turut apabila  merekodkan 289 kes jangkitan Covid-9.

Jumah kes semalam ialah 286.

Dengan pertambahan itu, bermakna kini Sarawak merekodkan sejumlah  67,560 kes.

Namun, negara   terus merekodkan kes baharu harian melebihi 7,000 dalam tempoh 24 jam  lalu dengan jumlah keseluruhan dalam negara kini mencecah 799,790 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor terus menjadi penyumbang utama kepada 7,097 jangkitan baharu hari ini dengan merekodkan 3,119 kes menjadikan keseluruhan kes di negeri itu sebanyak 268,841.

Kuala Lumpur – 1,005 (83,909)

Negeri Sembilan – 788 (49,417)

Melaka – 358 (20,357)

Sarawak – 289 (67,560)

Pahang – 258 (15,235)

Sabah – 244 (71,189)

Johor – 224 (73,386)

Kedah – 198 (27,061)

Perak – 187 (27,974)

Pulau Pinang – 140 (35,817)

Kelantan – 123 (35,616)

Labuan – 93 (8,858)

Terengganu – 43 (11,521)

Putrajaya – 26 (2,448)

Perlis – 2 (601)

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru