Monday, August 2, 2021

Jika begini keadaannya, bila pula Covid-19 dapat dikurangkan, tanya Zahid

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membidas Kerajaan Perikatan Nasional (PN) ekoran langkah diumumkan lain, tetapi  yang dilaksanakan Kerajaan PN lain.

Kata beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), jika begini keadaannya bila kes jangkitan Covid-19 dapat dikurangkan dan dilandaikan.

Beliau berkata demikian merujuk kepada makluman Kesatuan Sekerja yang mendakwa ada kilang bukan ‘essential’ dalam kawasan PKPD dapat kebenaran operasi dan pekerja diminta sedia kembali bekerja kerana majikan telah menerima surat daripada sistem CIMS 3.0 MITI.

“Dakwaan ini jika benar cerminan kepada kegagalan berterusan dalam pengurusan Covid-19,” kata  Anggota parlimen Bagan Datuk itu menerusi satu kenyataan di Facebooknya, hari ini.

Walhal tegas beliau, sektor perkilangan merekod jangkitan baharu tertinggi kluster tempat kerja bulan lalu malah sektor berkenaan dilaporkan telah pun mencatatkan 95,156 kes melibatkan 639 kluster ketika itu dan pada 9 Jun KKM laporkan 87% kluster baharu melibatkan kategori tempat kerja terutama kilang.

“Aduan dibuat oleh pekerja kilang terbabit. Saya percaya mereka bimbangkan jangkitan Covid-19, “ katanya.

“Langkah diumumkan kerajaan PN lain, tetapi apa yang dilaksanakan kerajaan PN lain,” ujarnya lagi.

Semalam, jumlah kes baharu Covid-19 yang direkodkan meningkat kepada 7,654 berbanding 6,387 kes kelmarin, sekali gus menjadikan kumulatif ialah 792,693 kes.

 

Secara Rawak

Artikel Terbaru