Wednesday, September 22, 2021

18 kali pindah rumah gara-gara lipas

Mesti baca

DELHI: Ramai yang geli dengan lipas terutama yang merayap di dapur.

Namun, kehadiran serangga itu belum tentu membuat mereka berpindah rumah.

Berlainan dengan pasangan suami isteri di Bhopal, wilayah Madhya Pradesh India yanh dilaporkan sudah berpindah 18 kali sepanjang tiga tahun gara-gara geli akan lipas.

Ketakutan melampau si isteri dengan lipas sedikit banyak menjejaskan perkahwinan mereka.

Suaminya dikatakan menguruskan kes penceraian mereka.

Dia dikatakan mendapat tahu fobia isterinya terhadap lipas yang dikenali sebagai katsaridaphobia, selepas perkahwinan mereka pada 2017.

Pada suatu hari Isterinya meraung sekuat hati dan berlari keluar dapur menyebabkan ahli keluarganya ketakutan.

Apabila ditanya, dia memberitahu melihat seekor lipas di dapur dan enggan masuk semula ke dapur tersebut.

Malah, dia mendesak suaminya mencari rumah baharu untuk mereka.

Pasangan itu berpindah pertama kali pada 2018 dan selang tidak lama kemudian fobia itu muncul lagi menyebabkan mereka terpaksa berpindah semula sehingga mencecah 18 kali.

Masalah dihadapi isterinya itu menyebabkan suaminya menyampah dan hilang sabar.

Menurut Ary news, dia berusaha membawa isterinya mendapat rawatan psikiatri dan isterinya makan ubat serta mengambil nasihat diberikan doktor.

Secara Rawak

Artikel Terbaru