Wednesday, September 22, 2021

Hampir 70 peratus kes di Sarawak di lima daerah

Mesti baca

KUCHING: Kes baharu jangkitan Covid-19 di Sarawak mencatatkan penurunan hari ini dengan 286 kes baharu yang dikesan.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan berkata, jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di negeri ini meningkat kepada 67,271 kes.

Menurutnya, 199 kes atau 69.58 peratus jumlah kes dikesan di lima daerah iaitu di Daerah Kuching (85), Subis (50), Miri (32), Sibu (21) dan Bintulu (11).

JPBN berkata, daerah-daerah lain turut merekodkan kes iaitu Saratok
(11), Serian (11), Song (8), Asajaya (8), Sri Aman (7), Kapit (7), Bau (5), Bukit Mabong (5), Telang Usan (5), Tatau (4), Samarahan (4), Kanowit (3), Sarikei (2), Tanjung Manis (2), Simunjan (1), Selangau (1), Meradong (1), Beluru (1) dan Lundu (1).

“Daripada 286 kes baharu yang dilaporkan, seramai 29 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan Covid-19 semasa saringan dijalankan.

“Manakala, seramai 236 orang kes atau yang dikesan adalah terdiri daripada individu yang telah diberikan arahan perintah kuarantin di pusat kuarantin,” jelasnya.

Jawatankuasa itu memberitahu, terdapat dua kes kematian dilaporkan hari ini iaitu masing-masing di Daerah Pakan dan Daerah Sibu.

Katanya, jumlah keseluruhan kes kematian di negeri ini meningkat kepada 421 orang.

Dalam pada itu, sebanyak 371 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj dari hospital dan PKRC.

Kata JPBN, jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj setakat hari ini adalah seramai 56,745 orang atau 84.35 peratus dari jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Sarawak.

Manakala, jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di
PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 9,950 orang.

Secara Rawak

Artikel Terbaru