Monday, October 25, 2021

7,654 kes termasuk Sarawak 286 kes

Mesti baca

KUCHING:  Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan  Sarawak merekodkan 286 kes daripada 7,654 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu di negara ini.

Ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan setakat ini mencecah 792,693 kes, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Selangor mencatatkan jangkitan tertinggi hari ini dengan 3,260 kes, diikuti Kuala Lumpur (1,550) dan Negeri Sembilan (698).

Manakala Kedah 337, Johor 313,  Melaka 230, Sabah 225, Pulau Pinang 185, Pahang 180 dan Kelantan 118.

Perak mencatatkan 94 kes, Labuan 82, Terengganu 61, Putrajaya 33 dan Perlis dua.

Secara Rawak

Artikel Terbaru