Saturday, October 23, 2021

Varian Delta ancaman terbesar kepada dunia

Mesti baca

KUCHING: Varian Delta yang cepat merebak telah mengakibatkan lonjakan kes baharu Covid-19 di serata dunia.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) varian itu yang dianggap ‘ancaman terbesar’ dilapor telah menular di hampir 100 negara sekali gus menjadi varian #COVID19 dominan ketika ini terutama di negara seperti UK, Portugal, Afrika Selatan dan Rusia.

Jelasnya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan amaran varian Delta yang cepat merebak dan sentiasa bermutasi mengakibatkan dunia kini dalam tempoh bahaya.

UK paling banyak kes Covid-19 dengan Varian Delta melebihi 82,000 kes diikuti India, AS, Jerman, Kanada, Singapura, Portugal dan Sepanyol.

“Di #Malaysia, hasil penjujukan genom telah mengesan 40 kes jangkitan Covid-19 dengan Varian Delta setakat 30 Jun 2021,” katanya.

Katanya, KKM dijangka memulakan penjujukan genom bagi varian COVID-19 secara konsortium dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), universiti dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) pada Julai ini.

Jelasnya, ia antara usaha bagi mengawal penularan pantas VOC dan VOI di negara ini.

Secara Rawak

Artikel Terbaru