Wednesday, September 22, 2021

Prosedur masuk ke Sarawak akan dinilai semula

Mesti baca

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) akan menilai semula tatacara kemasukan ke Sarawak dari semasa ke semasa, berdasarkan perkembangan situasi Covid-19 di dalam dan luar negara.

Menurutnya, langkah ini amat penting, terutamanya dengan kes tempatan virus SARS-CoV varian Delta yang telah dikesan di 10 negeri atau Wilayah Persekutuan.

Mengikut tatacara terkini kemasukan ke Sarawak, ia termasuk keperluan ujian saringan RT-PCR yang diambil dalam tempoh tiga hari sebelum kemasukan ke Sarawak.

“Keperluan ujian saringan RT-PCR ini telah berkuat kuasa mulai 28 Jun 2021.

“Dimaklumkan bahawa enam kes dari satu keluarga (lapan orang) telah disaring positif sebelum mengambil penerbangan ke Sarawak pada 1 Julai 2021.

“Ini menunjukkan kepentingan polisi ini bagi mencegah kemasukan kes positif ke Sarawak dan mengurangkan risiko jangkitan kepada kakitangan di lapangan terbang serta penumpang dan krew dalam pesawat yang sama,” katanya dalam kenyataan media.

Untuk rekod, JPBN Sarawak telah mengumumkan tatacara terkini kemasukan ke Sarawak pada 25 Jun lalu.

Secara Rawak

Artikel Terbaru