Saturday, October 23, 2021

Pesakit Covid-19 masih tinggi, belum ada tanda turun

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Jumlah pesakit Covid-19 masih lagi tinggi dan belum menunjukkan penurunan khususnya di kawasan Lembah Klang (Selangor, WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya).

Buat masa ini,  menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terdapat 1,224 pesakit Covid-19, termasuk yang disyaki, yang dimasukkan ke ICU,  567 pesakit berada di Lembah Klang.

Namun diingatkan, katanya, terdapat ramai pesakit kritikal yang masih berada di Jabatan Kecemasan dan  Trauma hospital-hospital di Lembah Klang yang belum dapat dimasukkan ke wad kerana kesesakan dan kekurangan katil di wad dan ICU.

“Begitu juga dengan sejumlah besar pesakit Covid-19 kategori 3 dan kategori 4 yang memerlukan bantuan oksigen yang terpaksa dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah MAEPS, “katanya.

Antara langkah yang sedang dilaksanakan oleh KKM termasuk:

(i) Meningkatkan kapasiti Hospital Kuala Lumpur (HKL) merawat pesakit COVID-19 kategori 4 dan 5 serta penyumberluaran (outsourcing) dengan merujuk pesakit-pesakit bukan COVID-19 dari HKL ke hospital swasta yang berdekatan;

(ii) Hospital Pakar Kanak-kanak UKM juga akan dipertingkatkan kapasiti agar lebih ramai pesakit COVID-19 kategori 4 dan 5 dapat dirawat;

(iii) Meningkatkan kapasiti merawat pesakit COVID-19 di Hospital Selayang dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang; dan

(iv) Menjadikan Hospital Ampang sebagai hospital COVID-19 sepenuhnya seperti Hospital Sungai Buloh mulai 30 Jun 2021 yang lalu.

Jelasnya, terdapat 17 hospital yang merawat pesakit Covid-19 di sekitar Lembah Klang iaitu Hospital Selayang, Hospital Kajang, Hospital Ampang, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Hospital Banting, Hospital Shah Alam, Hospital Serdang, Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia, dan Hospital UITM.

Hospital lain ialah Hospital Sungai Buloh, Hospital Pakar Kanak-kanak UKM, Hospital Rehabilitasi Cheras, Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Hospital Kuala Lumpur, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Hospital Canselor Tunku Mukhriz UKM dan Hospital Putrajaya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru