Monday, August 2, 2021

Perdana Menteri dibenarkan bertugas semasa dalam rawatan

Mesti baca

KUALA LUMPUR:  Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah dalam keadaan stabil dan bertambah baik serta dibenarkan bertugas semasa dalam rawatan.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menterii,  Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dimasukkan ke hospital pada 30 Jun lalu masih menerima rawatan akibat jangkitan pada sistem penghadaman.

“Atas nasihat pasukan doktor, beliau kini berada di hospital untuk terus mendapatkan rawatan antibiotik intravena,” jelas kenyataan itu.

Kata kenyataan itu lagi, Muhyiddin yang dijangka dibenarkan keluar dari hospital dalam tempoh beberapa hari lagi turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesihatan beliau.

“Tiada bukti menunjukkan masalah tumor lama yang dihidapi Perdana Menteri berulang,” tambah kenyataan itu.

Secara Rawak

Artikel Terbaru