Saturday, June 25, 2022

Lebih 60,000 sudah menemui ajal di Indonesia, keadaan semakin membimbangkan

Secara Rawak

JAKARTA: Indonesia semakin terancam dan tertekan oleh pandemik Covid-19.

Angka kes jangkitan terus meningkat dan meledak.

Negara 270 juta jiwa itu menyaksikan lebih 20,000 kes jangkitan harian dalam beberapa hari terakhir dengan 400 kematian harian.

Ini meletakkan negara ini yang sudah tertekan hampir lumpuh sistem kesihatannya semakin tertekan.

Malah, lebih daripada 1,000 petugas kesihatan termasuk doktor telah maut.

Kehadiran varian paling berbahaya, varian Delta semakin membimbangkan.

Indonesia kini berada di tangga ke-16 dunia dari segi kes jangkitan setelah merekodkan 2,284,084 kes setakat awal pagi ini. 

Jumlah  pesakit Covid-19 yang sudah menemui ajal ialah 60,582 orang.

Minggu lepas pemerintahnya mengumumkan akan meletakkan Pulau Jawa dan Bali dalam keadaan sekatan pergerakan yang lebih ketat sehingga 20 Julai ini bagi membendung penularan virus maut setelah perayaan Aidilfitri lalu.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru