Monday, May 16, 2022

Guna pakar, Tiger Platoon jejaki dua tahanan larikan diri

Secara Rawak

KUCHING: Pasukan Gerakan Am (PGA) akan menggunakan pasukan berkemahiran dan pakar dalam bidang hutan iaitu Tiger Platoon dalam usaha membantu menjejaki dua tahanan yang melarikan diri dari Pusat Transit Penjara Puncak Borneo.

Komander Briged Sarawak PGA Senior Asisten Komisioner Saini Bongkek berkata, dengan kemahiran hutan yang ada pada pasukan tersebut justeru dapat membantu operasi pencarian kedua-dua suspek di kawasan hutan.

Menurutnya, pasukan Tiger Platoon telah pun dikerahkan ke lokasi kejadian bagi membantu pihak Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Sarawak dalam usaha menjejaki suspek yang dipercayai masih berada di dalam hutan tidak jauh dari pusat tahanan terbabit.

“PGA akan membantu pihak IPK Sarawak untuk mengesan kedua-dua suspek.

“Dari segi kemahiran kita telah menghantar Tiger Platoon bagi usaha menjejaki suspek di kawasan hutan,” katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Briged PGA Sarawak pagi tadi.

Ditanya mengenai bagaimana keadaan suspek setelah lima hari masih gagal dikesan beliau mengulas bahawa masih belum terdapat kesan di mana keberadaan kedua-duanya setakat ini.

Usaha mengesan kedua-dua suspek kini memasuki hari kelima pencarian.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru