Thursday, December 9, 2021

Dunia menuju empat juta korban  Covid-19

Secara Rawak

Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di seluruh dunia ketika ini melebihi 184.56 juta.

Jumlah kematian pula lebih 3.99 juta sejak virus maut itu dikesan di Wuhan, China pada akhir 2019.

Manakala jumlah kes sembuh lebih daripada 168 juta.

Data terbaharu  Worldometers pagi Isnin menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 34.59 juta kes/

Jumlah kematian pula 621,293  kes.

Ini diikuti India dengan lebih 30.58 juta kes   dengan lebih 402,000 kematian  dan Brazil dengan lebih 18.76  juta kes jangkitan dan 524,475  kematian.

Manakala negara yang melebihi angka lima juta kes ialah Perancis,  Rusia dan Turki.

Perancis merekodkan lebih 5.7 juta kes jangkitan dan 111,161 kematian, Rusia 5.61 juta kes jangkitan dan  137,925 kematian.

Turki pula merekodkan 5.44 juta kes jangkitan dan lebih 49,000 kematian.

United Kingdom, Argentina,  Colombia dan Itali pula mencatat kes melebihi  empat juta.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru