Monday, August 2, 2021

Wanita tampar, ugut anak tiri di Miri ditangkap

Mesti baca

MIRI: Seorang wanita berusia 41 tahun ditangkap selepas dilaporkan menampar dan mengugut anak tirinya di sebuah rumah di Taman Jelita Off Taman Tunku, pada Khamis.

Kejadian kira-kira jam 7.05 petang itu berlaku selepas mangsa, 21, pulang ke rumah untuk mengambil barang peribadi dan bertanya mengenai Kumpulan wang Simpanan Pekerja (KWSP) miliknya kepada suspek.

Suspek dilaporkan secara tiba-tiba marah lalu menampar bahagian pipi mangsa dan membuat ugutan untuk mengganggu dan membuat kacau di tempat kerja mangsa sehingga mangsa dibuang kerja.

Mengesahkan kejadian Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Hakemal Hawari berkata, suspek ditahan pada hari sama kejadian di rumahnya pada jam 8.20 malam.

Kes disiasat di bawah Sekysen 323 Kanun Keseksaan.

Secara Rawak

Artikel Terbaru