Monday, August 2, 2021

Taktik letak dadah dalam bungkusan mi segera kantoi

Mesti baca

SARIKEI: Taktik menyeludup dadah menggunakan bungkusan mi segera yang dihantar menggunakan pos berjaya dihidu Jabatan Kastam DiRaja Malaysia Sarawak.

Pengarah Kastam Sarawak, Herman Shah Abdullah berkata,  perbuatan itu dikesan dalam satu bungkusan mi segera yang dipercayai dihantar individu dari Semenanjung Malaysia.

Hasil pemeriksaan katanya, pegawai kastam menemui tiga bungkusan plastik lutsinar yang disyaki dadah jenis ganja dianggarkan seberat 30 gram dengan nilai dianggarkan sejumlah
RM1,500.

“Susulan itu, usaha mengesan pemilik bungkusan sedang giat dijalankan bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata,  kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak melebihi lima tahun serta tidak kurang tiga kali dan tidak melebihi sembilan kali sebatan.

Secara Rawak

Artikel Terbaru