Wednesday, September 22, 2021

Anak Sukarno meninggal dunia kerana Covid-19

Mesti baca

JAKARTA: Ketua Harian DPP Partai Gerindra Sufmi Dasco Ahmad mengesahkan  bahawa Rachmawati Soekarnoputri , 70, meninggal dunia pada  awal pagi tadi, 3 Julai 2021.

Puteri Presiden pertama RI Soekarno itu meninggal dunia di Rumah Sakit Pusat Angkatan Darat (RSPAD) Gatot Soebroto, Jakarta Pusat, sekitar pukul 6.15 pagi tadi.

“Ya, betul meninggal dunia,” kata beliau seperti dipetik Kompas.

Wakil Ketua DPR itu menjelaskan, Rachmawati meninggal dunia akibat terpapar Covid-19 setelah dirawat di rumah sakit.

“Meninggal dunia kerana Covid-19,” kata Dasco.

Hingga kini, belum ada maklumat lebih lanjut mengenai pemakaman atas meninggalnya Rachmawati Soekarnoputri.

Untuk rekod, Indonesia kini berada di tangga ke-17 dunia  apabila merekodkan lebih 2.22 juta kes jangkitan dan hampir 60,000 kematian.

Secara Rawak

Artikel Terbaru