Wednesday, September 22, 2021

8.58 juta dos telah diberi setakat semalam

Mesti baca

KUCHING: Jumlah suntikan harian vaksin Covid-19 yang direkodkan pada 2 Julai adalah 236,196 dos.

Ini menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan setakat ini sebanyak 8.58 juta sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bermula 24 Februari lalu.

Angka itu menunjukkan sedikit penurunan berbanding hari sebelumnya iaitu 263,012 dos, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Baksin Covid-19 (JKJAV) menerusi perkongsian di Twitter hari ini.

Daripada jumlah itu, 167,059 adalah penerima dos pertama manakala 69,137 penerima dos kedua.

Lebih 6.11 juta dos atau 18.7 peratus adalah bagi suntikan pertama manakala 2.46 juta dos atau 7.5 peratus untuk suntikan kedua.

Sementara itu, Malaysia berada di tangga ke-35 dunia dari segi jumlah kes jangkitan dengan merekodkan 765,949, manakala jumlah kematian ialah 5,327.

Secara Rawak

Artikel Terbaru