Wednesday, September 22, 2021

Warga emas hilang di Lundu: Usaha menjejaki dilakukan

Mesti baca

LUNDU: Seorang warga emas dikenali sebagai Fatimah Mohamad berusia 62 setakat ini masih belum ditemui selepas dilaporkan hilang, pagi semalam.

Mangsa disedari tiada di rumahnya yang beralamat di Nombor 48 Kampung Sampadi ketika anak keempatnya menziarahi rumah terbabit sekitar pada jam 7.20 pagi.

Ketua Polis Daerah Lundu Deputi Superintendan Damataries Lautin berkata usaha awal pencarian di sekitar satu kilometer radius dari kawasan rumah oleh penduduk gagal gagal sehingga laporan polis dibuat bagi membantu operasi pencarian mangsa.

“Lawatan di tempat kejadian hanya menemui pakaian dalam bakul yang dijemur di ampaian belakang rumah dipercayai dilakukan oleh mangsa sendiri.

“Usaha mencari dan menyelamat awal (SAR) turut dilakukan bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta penduduk kampung sehingga jam 8.30 malam semalam.

“Namun pihak operasi masih belum menjumpai sebarang dan petanda berkaitan mangsa diperolehi,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Jelasnya operasi hari kedua mencari mangsa kini telah pun bermula seawal jam 8 pagi.

Punca mangsa hilang belum di ketahui dan kes kini masih dalam siasatan polis.

Tambahnya, identiti mangsa adalah berbadan kecil dan bertudung.

Secara Rawak

Artikel Terbaru