Wednesday, September 22, 2021

Jumlah dos tertinggi pernah direkodkan

Mesti baca

KUCHING:  Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata,  lebih daripada  8.34 juta dos vaksin diberikan sejak  PICK dilaksanakan pada 24 Februari lalu.

Katanya, jumlah suntikan harian vaksin  di bawah Program Imunisasi  Covid-19 Kebangsaan meningkat kepada 263,012 dos semalam

Angka itu merupakan suntikan harian kedua tertinggi pernah dicatatkan selepas 268,604 dos pada 24 Jun lalu.

Jelasnya, sebanyak lebih 5.95 juta dos atau 18.2 peratus bagi suntikan pertama manakala 2.39 juta dos atau 7.3 peratus untuk suntikan kedua telah diberikan.

Ini menghampiri nilai ambang 10 peratus untuk peralihan ke fasa dua Pelan Pemulihan Negara.

Dr Adham turut memaklumkan, kapasiti vaksinasi harian juga kembali melepasi 250,000 dos selama dua hari berturut-turut.

Secara Rawak

Artikel Terbaru