Monday, August 2, 2021

Dua daripada empat tahanan lari dari penjara berjaya ditangkap

Mesti baca

PADAWAN: Dua daripada empat tahanan yang bertindak melarikan diri dari Penjara Puncak Borneo berjaya ditangkap setakat jam 11 malam, semalam.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata usaha memburu dua lagi tahanan yang masih bebas kini sedang diatur gerak menerusi Op Tutup sejurus menerima laporan kes.

Menurutnya, turut dikerahkan pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan bersama ‘Tiger Platoon’ Pasukan Gerakan Am bagi membantu pihak penjara melakukan operasi pencarian di kawasan hutan.

“Setakat jam 11 malam seorang lagi banduan telah berjaya ditangkap oleh pihak penjara manakala dua lagi daripadanya sekarang masih bebas,” katanya semalam.

Kesemua banduan berkenaan juga disyaki melarikan diri kira-kira jam 6 petang semalam.

Mereka dipercayai melarikan diri ke kawasan hutan di sekitar Pusat Latihan Polis (Pulapol), yang terletak berhampiran Penjara Puncak Borneo.

Secara Rawak

Artikel Terbaru