Monday, August 2, 2021

Covid-19: Kadar turun, cepat puji diri, apabila naik tak nampak

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan laju buat poster propaganda sebelum ini untuk puji Kerajaan Perikatan Nasional (PN) berjaya turunkan kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau Ro/Rt.

Tetapi setelah kadar ini mengalami trend menaik semula sejak daripada lebih dua minggu lepas, Wan Saiful tak kemas kini pula poster propaganda PN,  kata Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Razak.

“Pagi ini, KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) umum kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau Ro/Rt naik sekali lagi ke 1.05 walaupun seluruh negara sudah dikenakan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) 3.0 hampir dua bulan dan kononnya sebulan di bawah FULL Lockdown.

“Kadar ke atas paras neutral 1.0 bermakna kes baru dalam trend meningkat dengan pesat.

“Kadar turun, mereka laju puji diri. Tapi apabila kadar ini naik hampir tiap-tiap hari, kerajaan buat-buat tak nampak pula,” kata bekas Perdana Menteri itu dalam hantaran di Facebooknya.

Ini juga katanya mereka merasakan seolah-olah data dan sains serta kelangsungan hidup rakyat tak penting.

“Siapa boleh bantu tanya PPBM bila nak update poster propaganda mereka berhubung ini? Soalnya yang turut melampirkan pautan status Wan Saiful tersebut https://www.facebook.com/wansaifulwanjan/posts/1945072292315896.

Kata Najib lagi di dalam ruangan komen di status Facebooknya, semasa kadar kebolehjangkitan menurun Wan Saiful menggunakan tanda pagar #MenangBersama.

“Habis itu, sekarang trend naik memanjang nak guna hashtag apa?, “ katanya sinis.

Secara Rawak

Artikel Terbaru