Sunday, May 22, 2022

Program ‘Outreach’ vaksinasi COVID-19 di DUN Sebuyau lancar, teratur

Secara Rawak

SEBUYAU: Program ‘Outreach’ Vaksinasi COVID-19 di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebuyau yang memasuki hari kedua telah berjalan lancar dan teratur.

Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi telah melawat ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Kampung Sungai Ladong pada Rabu bagi melihat sendiri perkembangan terkini proses vaksinasi yang telah diadakan bermula pada Isnin lepas.

Ketika ditemui, beliau berkata, pelaksanaan program tersebut merupakan inisiatif yang sangat baik kerana ia memudahkan penduduk yang berdekatan untuk datang mendapatkan suntikan.

“Penduduk yang mendapat suntikan vaksin COVID-19 ini telah dimaklumkan mengikut susunan kampung yang berdekatan seperti Kampung Seruyu, Kampung Sungai Ladong,Kampung Segali, Kampung Pantu Plaie dan Kampung Sungai Nibong.

“Sehingga kini sistem yang digunakan sangat sistematik, teratur dan tiada nama yang tercicir,”tambah beliau lagi.

Dalam pada itu, beliau menyeru pemimpin masyarakat untuk terus menasihati penduduk untuk tampil mendapatkan vaksin bagi melindungi diri mereka sendiri.

Sementara itu, turut dimaklumkan, seramai 550 penduduk di Zon Sebangan telah mendapat suntikan vaksin COVID-19 di PPV tersebut yang menjadikan jumlah keseluruhan adalah seramai 1,000 orang telah menerima suntikan vaksin COVID-19 bermula Isnin lepas.

Para penerima yang ditemui menzahirkan perasaan gembira dan syukur setelah divaksin dan mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan termasuk petugas-petugas.

Hadir sama Residen Bahagian Samarahan Brahim Lumpu, Pegawai Kesihatan Samarahan Dr Nur Fatihah Oh Abdullah, Pegawai Perubatan Menguasa Klinik Kesihatan Sebangan, Dr. Nurul Huda, Pemanca Masyarakat Melayu Daerah Simunjan, Pemanca Asli Yahya, dan Pegawai Tadbir Sarawak, Sebuyau Ajis Ahmad.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru