Monday, August 2, 2021

Lelaki pecah masuk pasar raya direman lima hari

Mesti baca

BINTULU: Seorang lelaki tempatan yang memecah masuk sebuah pasar raya di Jalan Lapangan Terbang Lama di sini, awal pagi semalam direman selama lima hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Zulkipli Suhaili berkata suspek berumur 37 tahun itu ditahan anggota polis IPD Bintulu sejurus menerima aduan daripada pengawal keselamatan pasaraya berkenaan yang memaklumkan terdapat seorang lelaki yang tidak dikenali berada di dalam premis pasar raya tersebut.

Semasa tangkapan dibuat, katanya, suspek cuba melarikan diri.

Dalam usaha melarikan diri, saspek telah merosakkan beberapa barangan di dalam premis berkenaan, ujarnya.

Menurut Zulkipli lagi, hasil pemeriksaan mendapati siling pasar raya telah pecah, penyaman udara dan beberapa barang jualan di dalam pasaraya turut rosak akibat dipukul oleh suspek.

Suspek ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 457 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Secara Rawak

Artikel Terbaru