Friday, August 19, 2022

304 penduduk Kampung Blimbing  jalani ujian calitan COVID-19

Secara Rawak

BAU: Seramai 304 individu telah tampil menjalani ujian calitan COVID-19-19 dalam operasi Pengesanan Kes Aktif (ACD) Kluster di Kampung Blimbing pada Rabu.

Daripada jumlah individu yang disaring tersebut, seramai 147 individu adalah lelaki, manakala seramai 155 individu lagi wanita.

Operasi dikendalikan oleh seramai 24 orang petugas Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Bau dan turut dibantu oleh tujuh orang petugas dari makmal Kuching.

Turut membantu dalam melancarkan operasi adalah petugas dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKK) Kampung Blimbing.

Rata-rata individu yang tampil menjalani ujian calitan tersebut adalah merupakan penduduk daripada 73 ketua isi rumah Kampung Belimbing.

Untuk rekod, Kluster Blimbing adalah antara lima kluster baharu yang telah diisytiharkan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak sepertimana yang diumumkan dalam kenyataan laporan harian Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak pada 28 Jun lepas.

Kenyataan itu menyebut kluster Blimbing adalah kluster komuniti yang dikesan melibatkan sebuah kampung iaitu Kampung Blimbing di kawasan Krokong dan hasil saringan terhadap 47 individu, sebanyak 22 kes telah dikesan positif termasuk indeks kes.

 

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru