Wednesday, September 22, 2021

Remaja 17 tahun dikhuatiri lemas di Bintangor

Mesti baca

BINTANGOR: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dikhuatiri lemas selepas dilaporkan terjatuh ke dalam sungai di Jalan KJD, petang Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, PPgB Nicholas Belulin berkata,  rakan yang bersama mangsa dikatakan cuba menyelamatkannya namun gagal kerana arus air yang terlalu deras.

“Difahamkan, mangsa tidak pandai berenang. Sungai di tempat kejadian biasanya cetek tetapi disebabkan hujan lebat, kawasan itu menjadi dalam,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, Bomba bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada 3.48 petang.

Pasukan Bomba katanya, melakukan pencarian dengan berjalan menyelusuri di sekitar kawasan sungai  bagi mengesan mangsa.

“Bagaimanapun,  sehingga operasi ditangguhkan pada 7.00 petang, remaja itu  masih gagal ditemui, ” ujarnya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru