Tuesday, August 16, 2022

Mahu nikah di Sarawak boleh, tetapi tak boleh lebih 20 minit,  8 orang

Secara Rawak

KUCHING:  Upacara akad nikah bagi pasangan yang telah mendapat kebenaran berkahwin di Sarawak mengehadkan maksimum lapan orang termasuk jurunikah dan saksi selain tertakluk kepada ruang yang digunakan.

Jelas Majlis Islam Sarawak (MIS)  upacara itu boleh diadakan di pejabat agama Islam bahagian, daerah dan premis Majlis Islam Sarawak tetapi tempoh masa akad nikah tidak boleh melebihi 20 minit termasuk lafaz taklik.

MIS memutuskan garis panduan mengenai pelaksanaan akad nikah dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) di negeri itu.

Garis panduan baharu itu berkuat kuasa mulai 1 Julai dan pindaan boleh dilakukan dari semasa ke semasa.

Bagaimanapun ia tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Jelas kenyataan itu lagi,  pasangan perlu mematuhi janji temu yang ditetapkan,  tetapi tidak boleh berjabat tangan, malah pertukaran barang hantaran serta acara menyarung cincin juga tidak dibenarkan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru