Wednesday, June 29, 2022

Kuching, Sibu, Bau, Mukah dan Telang Usan catat kes tinggi

Secara Rawak

KUCHING: Sarawak merekodkan 376 kes positif Covid-19 baharu hari ini dan sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negeri ini meningkat kepada 64,851 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, sejumlah 238 atau 63.30 peratus daripada jumlah kes positif itu dikesan di lima buah daerah iaitu Kuching, Sibu, Bau, Mukah dan Telang Usan.

“Daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah daerah Kuching (94), Sibu (63), Bau (32), Mukah (28), Telang Usan (21), Serian (17), Sarikei (14), Samarahan (14), Sri Aman (13), Miri (10), Selangau (9), Bintulu (9), Kanowit (9), Subis (7), Meradong (7), Saratok (6), Lundu (5), Kapit (5), Dalat (3), Asajaya (3), Pakan (2), Tebedu (2), Tatau (2) dan Lawas (1),” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

JPBN menambah, daripada 376 kes baharu yang dilaporkan, seramai 37 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan Covid-19 semasa saringan dijalankan.

Manakala katanya, seramai 315 orang kes atau yang dikesan adalah terdiri daripada individu yang telah diberikan arahan perintah kuarantin.

Dalam perkembangan sama, JPBN mendedahkan satu kes kematian direkodkan hari ini yang melibatkan seorang warga emas lelaki berusia 75 tahun di Kapit dan menjadikan jumlah kes kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 409 kes.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru