Wednesday, September 22, 2021

Kematian angkara Covid-19 menuju empat juta

Mesti baca

Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di seluruh dunia ketika ini melebihi 182.56 juta.

Jumlah kematian pula 3.95 juta sejak virus maut itu dikesan di Wuhan, China pada akhir 2019.

Terdapat lebih 372,000 kes  jangkitan baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas manakala terdapat  7,604 kematian.

Data terbaharu  Worldometers pagi ini menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 34.52 juta kes termasuk 11,427 jangkitan terbaharu.

Jumlah kematian pula 619,980 kes termasuk 294 kematian dalam 24 jam terakhir.

Ini diikuti India dengan lebih 30.36 juta kes   dengan 398,484 kematian  dan Brazil dengan lebih 18.51  juta kes jangkitan dan 516,119 kematian.

Manakala negara yang melebihi angka lima juta kes ialah Perancis, Turki dan Rusia.

United Kingdom, Argentina, Itali dan Colombia pula mencatat kes melebihi  empat juta

 

Secara Rawak

Artikel Terbaru