Monday, August 2, 2021

Ini cara anda dapat bantu mereka yang murung, mahu bunuh diri?

Mesti baca

KUCHING: Orang ramai dapat membantu dengan berkomunikasi secara berkesan dengan individu yang mengalami kemurungan dan ada tanda untuk membunuh diri.

Antaranya, menurut Kementerian kesihatan Malaysia (KKM) ialah:

  1. Mengambil serius tentang masalah yang dialami;
  2. Meluangkan masa untuk mendengar luahan mereka;
  3. Tidak mengambil mudah atau memperlekehkan masalah mereka;
  4. Menunjukkan empati dan mengelakkan sikap menghakimi individu tersebut;
  5. Memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat yang terkini bagi mengekalkan perhubungan dengan individu tersebut;
  6. Memberikan sokongan sosial kepada mereka seperti membantu dalam urusan seharian jika diperlukan; dan
  7. Galakkan dan bantu mereka untuk dapatkan penilaian dan rawatan profesional.

“Budaya peka dan peduli kepada keluarga sendiri, sahabat handai dan masyarakat sekeliling perlu diterapkan dan sesiapa yang menghadapi masalah dan terkesan dengan pandemik agar mendapatkan pertolongan dan tidak menghadapinya seorang diri. Setiap individu perlu menjalankan tanggungjawab masing-masing dalam menjaga kesihatan mental diri, keluarga, dan komuniti bagi menghadapi pandemik Covid-19 ini,” katanya.

Katanya, pihak media juga boleh memainkan peranan yang penting dalam menyebarkan maklumat tepat dan mematuhi Garis Panduan Pelaporan Media Yang Bertanggungjawab  yang dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan KKM tentang tingkah laku bunuh diri.

“Masyarakat juga diminta untuk menghormati perasaan ahli keluarga mangsa dengan tidak merekodkan video ataupun mengedarkan gambar di media sosial tentang individu yang membunuh diri. Bunuh diri boleh dicegah, namun, tindakan viral di media sosial juga boleh mengundang ‘copycat suicide’ bagi mereka yang berisiko, “ katanya.

Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi talian bantuan sokongan yang diwujudkan seperti;

1. MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

3. Talian Kasih 15999 / WHATSAPP Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

4. KSK-Care JAKIM di WHATSAPP 0111-9598214

5. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Secara Rawak

Artikel Terbaru