Monday, August 2, 2021

Cubaan tekong seludup 9 Pati digagalkan

Mesti baca

LUNDU: Cubaan tiga tekong darat tempatan menyeludup masuk sembilan pendatang asing tanpa izin (Pati) gagal selepas dikesan Pasukan Khas operasi Op Benteng pada Isnin.

Tangkapan pertama melibatkan dua lelaki warga tempatan membawa empat remaja Pati lelaki dengan sebuah kenderaan jenis MPV Perodua Aruz bewarna hitam di kawasan Kampumg Jampari sekitar jam 5.30 pagi.

Manakala empat lagi pati cuba dibawa masuk oleh seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun sekitar jam 5.45 pagi menerusi jalan di simpang Kampung Perian.

Ketua Polis Daerah Lundu Deputi Superintendan Damataries Lautin berkata kesemua pati tidak mempunyai sebarang dokumen sah perjalanan untuk memasuki Sarawak hasil pemeriksaan dilakukan ke atas mereka.

“Dua sindiket aktiviti penyeludupam pati secara berasingan melibatkan tangkapan seramai tiga lelaki tempatan dan sembila n lelaki Indonesia berusia lingkungan 16 hingga 45 tahun.

“Tangkapan pertama merampas kenderaan dinaiki suspek untuk membawa pati iaitu sebuah kenderaan jenis Perodua Aruz, tiga unit telefon bimbit dan wang tunai RM100 manakala tangkapan kedua berjaya merampas sebuah kereta Proton Saga, lima unit telefon bimbit dan wang tunai Malaysia berjumlah RM2,250,” katanya dalam satu kenyataaan.

Tambahnya, turut dirampas satu bungkusan plastik lut sinar yang mengandungi dadah disyaki syabu dan alat penimbang digital hasil pemeriksaan tangkapan pertama.

Tegasnya, rampasan barang kes berupa dadah jenis syabu seberat 3.08 gram beserta wang dan alat penimbang milik dua tekong diserahkan kepada Jabatan Narkotik IPD Lundu untuk tindakan lanjut.

Manakala bagi ujian calitan Covid-19, kesemua pati disahkan negatif selepas menduduki ujian tersebut di hospital Lundu sejurus tangkapan dilakukan.

Dedahnya, kesemua pati memasuki Sarawak menerusi jalan tikus untuk mencari pekerjaan di Daerah Bau dan ladang Kampung Serayan, Lundu.

Katanya, permohonan reman selama 28 hari bagi ketiga-tiga suspek (tekong) hari manakala kesemua pati ditahan selama 14 hari untuk siasatan lanjut.

Ujarnya kes disiasat di bawah Seksyen 26J Akta Anti Pemerdagangan Orang Dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM 2007) dan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

Secara Rawak

Artikel Terbaru