Friday, July 30, 2021

Bayangkan, hampir 4 juta  miliki simpanan  KWSP kurang RM5,000

Mesti baca

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz  berkata, hanya  kira-kira 8.7 juta pendeposit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh membuat pengeluaran i-Citra sehingga RM5,000

Menurut Zafrul  dalam sidang media hari ini, pada masa sama   hanya 3.7 juta penyimpan KWSP yang lain layak membuat pengeluaran melalui program  yang baru diperkenalkan kerajaan itu, namun baki simpanan mereka dalam akaun tidak sampai pun RM5,000.

Jelas beliau lagi, secara keseluruhan ada 12.4 juta pendeposit KWSP layak membuat pengeluaran i-Citra.

“Daripada jumlah itu hanya 8.7 juta itu ada simpanan yang cukup manakala 3.7 juta lagi ada simpanan kurang daripada RM5,000. Mereka hanya boleh keluarkan apa-apa yang ada dalam akaun masing-masing,” katanya dalam sidang media semalam.

Pada Oktober 2020, Ketua Pegawai KWSP, Alizakri Alias dipetik berkata, 71 peratus daripada ahli aktif dalam KWSP  mempunyai kurang daripada RM50,000 dalam simpanan mereka.

Jelasnya, berdasarkan kajian itu bermakna mereka hanya mempunyai RM208 sebulan jika mengambil kira 20 tahun kehidupan selepas bersara.

Tambah beliau, wang simpanan mereka sebenarnya tidak mencukupi untuk menjalani kehidupan yang selesa selepas tidak lagi bekerja.

Pada 12 Mei lalu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dipetik sebagai berkata oleh media, hampir 2.6 juta pencarum Kumpulan KWSP mempunyai simpanan kurang daripada RM1,000 dalam akaun 1.

Jelasnya ketika itu, data KWSP menunjukkan lebih RM57 bilion dikeluarkan oleh 6.4 juta ahli melalui kemudahan i-Sinar manakala RM20.8 bilion telah dikeluarkan oleh 5.3 juta ahli melalui i-Lestari.

Secara Rawak

Artikel Terbaru