Tuesday, September 21, 2021

98 kluster masih aktif di Sarawak

Mesti baca

KUCHING: Dua kluster baharu diisytiharkan semalam iaitu Kluster Tema Saan, Tebedu dan Kluster Nanga Belungai, Tatau.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata Kluster Tema Saan merupakan satu kluster komuniti yang dikesan melibatkan sebuah penempatan di kampung tersebut.

“Sejumlah 222 individu telah disaring dan 41 orang telah dikesan positif Covid-19 termasuk kes indeks,” katanya dalam kenyataan.

Manakala, JPBN berkata Kluster Nanga Belungai merupakan satu kluster komuniti yang dikesan melibatkan sebuah rumah panjang di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Nanga Belungai, Sungai Kakus.

Katanya seramai 51 individu telah disaring dan 13 orang dikesan positif Covid-19 termasuk kes indeks.

“Perebakan jangkitan berlaku melalui aktiviti gotong-royong yang dijalankan pada 13 Jun lalu serta pergaulan sosial dan kontak rapat dalam kalangan penduduk di rumah panjang tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, satu kluster ditamatkan iaitu Kluster Jalan Simpang Tiga, Kuching setelah tiada kes baharu dikesan atau dilaporkan dalam tempoh 28 hari melibatkan kluster ini.

Jumlah kluster yang masih aktif adalah sebanyak 98 kluster, dengan 12 kluster merekodkan 37 penambahan kes baharu.

Secara Rawak

Artikel Terbaru