Monday, August 2, 2021

13 lelaki leka sabung ayam diserbu secara mengejut

Mesti baca

SERIAN: Seramai 13 lelaki ditahan ketika sedang leka menjalankan aktiviti sabung ayam di kawasan tanah lapang di jalan Tamba Nombor 1, pada Isnin.

Serbuan mengejut sekitar jam 5.05 petang itu menyebabkan kesemua suspek cuba menyelamatkan diri dengan bertindak bertempiaran lari namun berjaya diberkas semula oleh pasukan serbuan.

Mengesahkan kejadian Ketua Polis Daerah Serian Deputi Superintendan Aswandy Anis berkata kesemua suspek merupakan lelaki warga tempatan berusia lingkungan 30 hingga 63 tahun.

Tambahnya, kesemua suspek turut dikenakan kompaun RM1,500 kerana melakukan kesalahan di bawah peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) Perintah Kawalan Pergerakan (no. 3) iaitu berkumpul di tempat awam dan tiada penjarakan fizikal.

Katanya, kesemua suspek dibawa balik ke Balai Polis Serian untuk tindakan siasatan lanjut.

Ujar Aswandy, kes disiasat dibawah Seksyen 3(1) Ordinan Langkah-Langkah Pencegahan Penganiayaan Terhadap Binatang 1952.

Secara Rawak

Artikel Terbaru