Saturday, October 8, 2022

Sarang tabuan di hujung atap resahkan penghuni rumah

Secara Rawak

SARIKEI: Kewujudan sarang tebuan bersaiz bola sepak di hujung atap meresahkan penghuni sebuah rumah di Jalan Alamanda di sini.

Sarang haiwan berbisa yang berada pada ketinggian lima meter dari tanah itu, dipercayai wujud sejak beberapa bulan lalu.

Keadaannya yang semakin membesar membimbangkan penghuni rumah terbabit sebelum bertindak menghubungi Bomba untuk mendapatkan bantuan.

Ketua Balai dan Penyelamat Sarikei, Mahmudin Narudin berkata, sepasukan anggota yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Haron Jenai bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada 7.09 malam.

“Kami bertindak memusnahkan sarang tersebut menggunakan tangga sambung dan semburan ‘ravin’ serangga sehingga selesai pada 7.30 malam.

“Setelah selesai dan kita melakukan pemantauan susulan bagi memastikan keadaan benar-benar selamat, pihak bomba bertolak balik ke balai,” katanya.

Beliau berkata, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian berkenaan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru