Wednesday, September 22, 2021

Peminjam boleh tangguh bayaran pinjaman pendidikan

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan penangguhan bayaran balik pinjaman pelajaran kepada para peminjam pendidikan bagi membantu meringankan beban para peminjam terbabit, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Antara institusi peminjam pendidikan yang terlibat adalah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), pinjaman di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), MARA dan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).

“Pertama, memberikan moratorium bersasar selama tiga bulan kepada peminjam-peminjam PTPTN, “ kata Perdana Menteri dalam Pengumuman Khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), semalam.

“Kedua, menangguhkan bayaran balik pinjaman pelajaran persekutuan di bawah JPA dan bayaran tuntutan ganti rugi penerima biasiswa persekutuan sehingga enam bulan.

“Ketiga, menangguhkan bayaran balik pinjaman pelajaran MARA untuk tempoh tiga bulan atau penjadualan semula bayaran balik pinjaman dengan ansuran bulanan serendah 100 ringgit selama 12 bulan,” jelasnya.

“Keempat, menangguhkan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) selama tiga bulan,” katanya.

Jelasnya lagi, nilai keseluruhan inisiatif itu dianggarkan berjumlah RM400 juta dan akan memanfaatkan seramai 1.6 juta rakyat.

Secara Rawak

Artikel Terbaru