Monday, December 5, 2022

Najib:  Minta bank henti  ugut peminjam tiap-tiap hari 

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Pakej bantuan terbaru digelar ‘PEMULIH’ memang dinantikan ramai yang telah berkurung 1 bulan 17 hari sejak PKP 3.0 bermula.

Namun, menurut bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak,  masih ada beberapa kekurangan yang perlu ditambah baik dan sekali lagi, beliau menyarankan kerajaan untuk mengarahkan bank henti mengugut peminjam dengan panggilan tiap-tiap hari untuk membayar pinjaman selagi negara di bawah sekatan pergerakan penuh.

Ini kerana kata Ahli Parlimen Pekan itu, jika peminjam lemas, bank juga akan terjejas pada akhirnya.

“Saya mula dengan tuntutan moratorium automatik tanpa faedah. Apa yang diumum PM8 tadi bukanlah moratorium automatik. Dan bukan tanpa faedah. Bank tak rugi satu sen pun. Malah akan mengaut lebih keuntungan.

“Peminjam biasa masih perlu memohon tetapi dijanji akan diberi secara automatik manakala peminjam dari kategori perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) masih perlu semakan dan kelulusan bank untuk memberi moratorium.

“Namun, perjanjian pindaan syarat-syarat baharu masih perlu ditandatangan dan ini menggambarkan bahawa tempoh bayaran peminjam bakal dilanjutkan bertahun-tahun lagi walaupun tempoh moratorium cuma sehingga 6 bulan sebab bank tidak mengecualikan sebarang caj faedah,” katanya dalam hantaran menerusi laman Facebooknya.

Katanya, hal ini adalah antara aduan yang diterima sejak tahun lepas oleh peminjam yang rasa tertipu dengan bank yang mengambil kesempatan dalam kesempitan.

“Sebab itu, PM8 suruh fikir baik-baik sebelum memohon moratorium ‘automatik’ ini sebab ianya akan tambah komitmen pada peminjam.

“Seperti biasa, bank tak akan rugi. Malah akan tambah keuntungan. Moratorium kali ini juga tidak sama dengan tahun lepas di mana faedah serta penalti bagi pinjaman sewa beli (tapi bukan untuk pinjaman lain) telah dikecualikan,” katanya lagi.

Beliau juga turut mengimbas bagaimana bank-bank yang telah diselamatkan oleh bail-out kerajaan pada krisis tahun 1997-1998 dan juga telah mengaut keuntungan ratusan bilion dalam tempoh 10 tahun lepas patut membalas budi kepada peminjam pada masa yang amat susah ini dengan mengecualikan faedah ataupun memberi diskaun faedah sehingga 50% bagi tempoh enam bulan moratorium ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru